Segalanya Tentang Dunia Nasyid Tanah Air

'Impresi Seni' sebagai Zine NIFC


Setelah difikirkan kembali, pihak kami merasakan perlu ada satu nama bagi zine istimewa NIFC ni. Akhirnya, nama Impresi Seni telah dipilih sebagai nama bagi zine yang bakal diterbitkan tak lama lagi. Lokasi pertama akan kami jelajah ialah di USIM sempena Konsert ICEPS (Karnival Keusahawanan Islam) 2010, bertempat di Stadium Tertutup Nilai. Datanglah beramai-ramai untuk mendapatkan zine istimewa Intro Edition ini dengan harga RM1 sahaja. Bagi yang tidak berpeluang datang ke sana, anda boleh menempah zine ini melalui ejen2 kami yang akan diberitahu kemudian @ nantikan crew kami ke tempat anda! Nantikan!

Jelajah NIFC di UPSI


Alhamdulillah sudah selesai promosi NIFC di UPSI. Sambutan yang diterima Masya Allah!!! Tuhan saja yang tahu. Terima kasih UNIC kerana support NIFC dan terima kasih juga kepada warga UPSI yang sudi hadir memeriahkan program ini. Untuk pengetahuan semua, lebih 100 zine nasyid underground telah terjual dalam hanya 1 malam!! Bayangkan.. Kami sangat bersyukur kerana ia adalah satu tanda yang positif dan akan membawa kepada kemajuan di dalam meneruskan perjuangan kami di dalam industri ini. Insya Allah selepas ini kami akan menjelajah ke USIM pula pada 6hb Februari ini. Temui kami di sama!! Support NIFC!!