Segalanya Tentang Dunia Nasyid Tanah Air

'Impresi Seni' sebagai Zine NIFC


Setelah difikirkan kembali, pihak kami merasakan perlu ada satu nama bagi zine istimewa NIFC ni. Akhirnya, nama Impresi Seni telah dipilih sebagai nama bagi zine yang bakal diterbitkan tak lama lagi. Lokasi pertama akan kami jelajah ialah di USIM sempena Konsert ICEPS (Karnival Keusahawanan Islam) 2010, bertempat di Stadium Tertutup Nilai. Datanglah beramai-ramai untuk mendapatkan zine istimewa Intro Edition ini dengan harga RM1 sahaja. Bagi yang tidak berpeluang datang ke sana, anda boleh menempah zine ini melalui ejen2 kami yang akan diberitahu kemudian @ nantikan crew kami ke tempat anda! Nantikan!

Jelajah NIFC di UPSI


Alhamdulillah sudah selesai promosi NIFC di UPSI. Sambutan yang diterima Masya Allah!!! Tuhan saja yang tahu. Terima kasih UNIC kerana support NIFC dan terima kasih juga kepada warga UPSI yang sudi hadir memeriahkan program ini. Untuk pengetahuan semua, lebih 100 zine nasyid underground telah terjual dalam hanya 1 malam!! Bayangkan.. Kami sangat bersyukur kerana ia adalah satu tanda yang positif dan akan membawa kepada kemajuan di dalam meneruskan perjuangan kami di dalam industri ini. Insya Allah selepas ini kami akan menjelajah ke USIM pula pada 6hb Februari ini. Temui kami di sama!! Support NIFC!!

Baju Rasmi NIFC

Kepada semua ahli yang baru mendaftarkan ke dalam NIFC, sila dapatkan baju rasmi NIFC dengan segera. Tempahan boleh dibuat melalui saudara Shah : 013 6074362. Setiap ahli wajib menempah baju rasmi NIFC. Untuk preview, sila klik menu "Produk NIFC"

Jelajah Zine "Love" Nasyid Underground



Misi jelajah Zine LOVE (Nasyid Underground) Terbitan IN HEART akan dijalankan bermula pada 18 januari 2010 di International Islamic College (IIC). Zine tersebut adalah sebuah komik yg menerangkan ttg nasyid underground dan perjuangan kumpulan in heart dan kumpulan-kumpulan nasyid underground seperti renova,shahiran,fren dan ramai lagi,bagi yang masih keliru lagi dalam pengertiaan nasyid underground @ nasyid indie, kami akan berusaha untuk datang ke tempat anda untuk menjawab semua kekeliruan berkenaan nasyid underground.. Sila cadangkan nama tempat untuk kami kunjungi bagi yang berminat atau boleh terus dapatkan risalah zine ini dari CREW KAMI dengan harga serendah RM2.00 senaskah....

18 januari:- kolej islam antarabangsa,gombak (iic)
24 januari:- Taman tasik cempaka,program aman palestin (bdr baru bangi)
30 januari:- Konsert D'tour Tahfiz Nazrey johanni (UKM)
31 januari:- University Pendidikan sultan idris (UPSI) Show UNIC.
5 febuari:- university islam antarabangsa (gombak)
6 febuari:- university sains islam malaysia (NILAI)
15 febuari:- university malaya (KL)
30 febuari:- kolej university islam selangor (kuis)
5 mac :- lokasi akhir konsert amal nasyid indie (iic)

p/s:- segala perubahan tempat atau perubahan waktu akan diberitahu dari masa ke semasa

Konsert Tour De Tahfiz Nazrey Johani @ KUIS

Pada 17hb Jan 2010 bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor telah diadakan Konsert Amal sempena mengumpul dana Projek Pusat Tahfiz Bayu Syahadah di Sabah oleh bekas solo kumpulan Raihan, Nazrey Johani. Ramai antara artis2 yang turut serta memeriahkan majlis antaranya Kumpulan Saujana, AsSaufee, All One, Devotees, Suhaimi Saad, Hijjaz Algebra dan persembahan istimewa dari saudara Nazrey Johani sendiri. Konsert ini di adakan jam 8.30mlm dan tamat pada 11.00mlm. Di sini kami ada sertakan gambar2 bagi konsert ini. Untuk preview gambar, sila layari Nasyid Indie FC di Facebook. Linknya : http://www.facebook.com/pages/Nasyid-Indie-FC/247788689227. Syukran kepada semua yang turut serta hadir bagi menjayakan program ini.

Album Nasyid Motivasi Side 1

Sebuah karya terunggul dari skuad produksi D'Jambey Entertaiment , Nasyid Indie @ Fan Club (NIFC) dan studio rakaman (SOULART STUDIO). Pada tahun 2010 ini!!! Sebuah album yang berkonsepkan "perjuangan" dan "motivasi". Album ini di beri judul ALBUM MINI NASYEED MOTIVASI side 1. Ia juga merupakan sebuah album yang menghimpunkan kumpulan-kumpulan nasyid independent seluruh malaysia. Bagi sesiapa yang berminat dan ada lagu single kumpulan ambil peluang ini untuk mencuri tumpuan peminat-peminat nasyid tanah air dengan terbitnya lagu single dari kumpulan yang anda usahakan selama ini. Insyallah dengan berkat kesungguhan dan bimbingan dari pihak kami dari setiap sudut rakaman dan adunan muzik akan berjalan lancar. Sama-sama kita berdoa agar projek album ini akan di jalankan dangan jayanya nanti... Insyallah

- Daftar segera dengan menaip nama kumpulan, pengurus / ketua / emel, no telefon ke:-

nasyid_indie@yahoo.com.my
admin @ d'jambey :- 017 3951565